DAILY SYABAB..

Mencari sinar disebalik kegelapan AIDS…

Posted by naqib88 on October 24, 2008

Mencari sinar

Mencari sinar

“ Abang…jom bergambar.!”….inilah permintaan seorang kanak-kanak yang bernama Mun ( bukan nama sebenar) kepada saya semasa program ziarah ke sebuah pusat perlindungan kanak-kanak AIDS.Siapa sangka tubuh kecil yang halus ini sebenarnya seorang kanak-kanak perempuan yang sedang bertarung maut untuk terus hidup. Saya amat kagum dengan kanak-kanak perempuan ini.Walaupun secara fizikalnya lemah, dia masih mampu mengukir senyuman.Seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku pada dirinya. Saya juga dimaklumkan oleh penjaga pusat ini bahawa kanak-kanak ini ( di dalam gambar) sebenarnya sudah tiada harapan lagi untuk diubati dan hanya menunggu masa. Sedih di hati kecil saya mengenangkan nasib budak ini. Bagaimanakah mun mampu menerima kenyataan bahawa penyakit yang dihidapinya ini sudah di tahap kritikal? Saya memohon kepada Allah supaya mun diberi umur yang panjang untuk hidup…..Saya merenung seketika.Budak sekecil mun pun mampu untuk hidup kerana semangatnya yang kental. Inikan pula kita yang hanya allah berikan ujian yang amat kecil…Kita tidak lagi diuji oleh allah sepertimana mun diuji dengan maut. Kepada rakan-rakan pembaca, kisah mun ini boleh dijadikan sebagai penguat semangat kepada kita untuk menerima takdir allah dengan redha dan bukannya menyalahkan sesiapa. Mun pun mampu untuk meneruskan kehidupan, inikan pula kita yang saya rasa tidaklah diuji sehebat mun..renungkan lah…..

Semasa hendak pulang kembali ke ipoh, mun menarik tangan saya dan berkata “ abang, jangan la balik…tinggal la sini….”. Permintaannya itu akan saya ingat sampai bila2..

Sekian…

Posted in Uncategorized | 949 Comments »

umi..mengapa kita susah?

Posted by naqib88 on November 20, 2007

Adik bangun pagi. Adik kesat mata. Walid(ayah dalam
bahasa Arab) yang kejut adik. Adik mengantuk sangat. Adik tarik gebar
semula. Tidur balik. Walid geleng kepala bila nampak adik tidur balik.
Walid tepuk belakang adik suruh adik mandi. Lepas mandi adik pakai baju
baru. Ummi kata hari ini Hari Raya Aidilfitri. Semua orang pakai baju
baru. Tapi adik tengok ummi pakai baju buruk, walid pun pakai baju
buruk. Ummi cuma senyum bila adik mengajukan soalan itu. Ummi kata
cukuplah adik seorang pakai baju baru.
Walid pimpin tangan adik pergi masjid. Kami jalan kaki melalui
denai-denai kecil. Sepanjang jalan adik dengar takbir raya. Allahu
Akbar Allahu Akbar, La ilaha illallah huallahu akbar, Allahu Akbar
wallilla hilham.. Adik khusyuk dengar. Merdu. Adik angkat tangan ke
telinga, lagak seperti bilal masjid sambil menjerit takbir raya. Walid
cuma ketawa kecil melihat gelagat adik.

http://www.atlastours.net/holyland/al_aqsa_mosque.jpg


Di persimpangan jalan, kami bertemu Pak Cik Nassier jiran adik. Adik
pandang walid. Walid ralit berbual dengan Pak Cik Nassier. Adik dengar
walid berbual tentang syahid, Yassier Arafat dan lain- lain lagi. Nama
negara adik pun walid sebut, Palestin. Tapi adik tidak faham. Adik cuma
mendengar.
Adik tiba di perkarangan masjid. Masjid itu besar, tersergam indah.
Masjid kebanggaan negara adik, Masjidil Aqsa.Walid pernah beritahu
adik, Masjidil Aqsa kiblat pertama sebelum Kaabah di Mekah. Masjidil
Aqsa juga adalah salah satu tempat suci dalam Islam. Nabi Muhammad
s.a.w. pun mengalami peristiwa Israk dan Mikraj di masjid ini.
Adik buka kasut dan masuk ke perut masjid. Adik lihat ramai orang.
Semuanya duduk dalam saf. Walid tarik adik duduk di penjuru masjid,
kemudian walid solat tahiyatul masjid.Adik ikut walid solat raya. Adik
berdiri betul- betul dekat dengan walid. Adik pandang walid. Bila walid
angkat tahbiratul ihram adik pun angkat. Mulut walid kumat kamit
membaca sesuatu. Adik pun ikut sama walaupun adik tak tahu apa yang
adik baca. Walid rukuk, adik rukuk. Walid sujud, adik sujud.

http://wasalaam.files.wordpress.com/2006/07/bebek_namaz.jpg


Adik membilang anak tangga selepas selesai solat
raya dan bersalam-salaman dengan jemaah yang lain. Walid ada di
belakang adik. Suasana ketika itu tenang dan damai. Adik suka
ketenangan. Adik tarik nafas, hirup dalam-dalam udara pagi.

Tiba-tiba ketenangan itu diragut.

Adik nampak ramai orang bertempiaran lari. Adik juga nampak
sekumpulan askar yang memegang senjata sedang mara menuju ke arah
masjid. Adik dengar bunyi kuat. Bunyi tembakan. Walid dukung adik erat
sambil melaungkan takbir Allahu Akbar. Adik takut. Adik pejam mata.
Kaki walid yang kuat berlari tiba-tiba terhenti. Pautan tangan walid
longgar dan akhirnya terlerai. Adik rasa seperti sekujur tubuh tumbang
dan menghenyak adik. Adik pandang belakang. Mata adik terbeliak. Adik
nampak tubuh walid. Kepala walid berdarah. Adik menjerit nama walid.
Manik-manik jernih bergentayangan dan gugur satu persatu dari tubir
kelopak mata adik.

http://www.mpjc.org/images/palestine.jpg


Walid pandang adik. Walid cium pipi adik. Walid
suruh adik lari. Adik geleng kepala. Adik pegang tangan walid. Adik
hendak duduk di sisi walid. Walid senyum pada adik. Mulut walid lemah
menutur kalimah syahadah. Adik goyang tubuh walid. Walid tidak
bergerak. Walid kaku. "Waliiiiiiiiiiiiiiid!!!!!!!"
Adik kesat air mata. Adik lari kuat-kuat. Adik lari tidak kalih kiri
dan kanan. Sampai di rumah, adik terus menangis. Ummi hairan tengok
adik. Adik sebut nama walid berkali-kali. Mayat walid di hantar ke
rumah tidak lama selepas itu. Adik masih menangis. Adik tengok ummi
cium dahi walid. Ummi peluk adik. Beberapa orang jiran cuba tenangkan
ummi. Abang yang duduk di penjuru dinding juga menangis. Abang dah
besar. Umur abang enam belas tahun. Abang pergi dekat walid,abang peluk
dan cium walid.
Selepas sembahyang adik nampak orang angkat walid keluar rumah. Abang
pun ikut sama. Adik tidak ikut. Adik duduk rumah dengan ummi.

Adik tanya ummi, mana perginya walid. Ummi diam. Adik tanya lagi sambil
menongkat dagu menunggu jawapan daripada mulut ummi. Ummi pandang adik,
ummi kata walid pergi ke satu tempat yang sangat cantik. Walid pergi
tidak akan kembali lagi. Adik cuma mengangguk." Adik nak ikut walid"
Ummi geleng kepala dan peluk adik. Adik lap air mata di pipi ummi. Adik
senyum, ummi senyum.
Petang itu ramai kawan abang datang. Abang ajak mereka ke belakang
rumah. Adik berlari-lari anak ikut abang ke belakang. Abang tekun
membuat sesuatu. Sesuatu yang menyerupai senapang. Adik cuma duduk diam
dan tengok. Kawan-kawan abang pun khusyuk membuat kerja.

Adik menguap berkali-kali. Boring duduk diam tanpa melakukan sebarang
kerja. Tidak keletah adik dibuatnya.
Mata adik melilau-lilau mencari barang mainan. Adik nampak benda bulat
seperti bola. Adik pergi dekat cuba mencapai benda itu. Adik pegang dan
belek. Sedang adik seronok bermain, abang rampas ‘bola’ adik. Adik
masam. Adik tarik muncung empat belas. Adik marah pada abang. Abang
tersenyum melihat tingkah laku adik. Dengan lembut abang mencubit pipi
montel adik. Abang beritahu adik yang benda itu bom tangan bukannya
bola seperti yang disangka adik. Adik diam, kemudian berlari
mendapatkan ummi. Merajuk.

Adik bangun awal pagi itu. Tidak seperti hari-hari lain, walid
tidak ada untuk kejut adik. Apabila teringat walid,mata adik berkaca.
Adik tidak mahu menangis. Adik orang lelaki. Orang lelaki tidak boleh
menangis, orang lelaki kena kuat dan tabah.
Adik nampak abang sedang bersiap-siap. Abang galas beg besar. Semua
benda yang abang buat semalam abang bawa. Benda bulat seperti bola pun
abang bawa. Kawan-kawan abang semuanya sedang menungu di depan rumah.
Abang cium tangan ummi, minta izin untuk pergi. Ummi peluk abang, cium
abang berkali- kali.
Adik cuma memandang dengan mata terkebil-kebil. Adik garu kepala yang
tidak gatal. Abang datang dekat adik. Abang dukung adik, usap kepala
adik. "Adik jaga ummi ya" pesan abang. "Abang nak pergi mana" Tanya
adik seperti orang bodoh. "Abang nak pergi berjuang". Abang mengukir
senyuman mengakhiri bicara.

Kelibat abang hilang ditelan kabus pagi. Hanya lambaian tangan adik
mengiringi pemergian abang.
Lepas abang pergi ummi cerita macam-macam perkara pada adik. Pasal
Israel, pasal syurga, pasal jihad dan banyak lagi. Semuanya adik tidak
faham. "Isra..Israfil. " terkial-kial adik menyebut perkataan itu dalam
pelat yang pekat. "Bukan Israfil. Israfilkan nama malaikat. Malaikat
yang tiup sangka kala. Israel." Ummi membetulkan sebutan adik. "Is.ra.el"
akhirnya adik berjaya menyebutnya juga. Ummi ketawa kecil. Adik ikut
ketawa menampakkan sebaris gigi adik yang ronggak.
Ummi kata Israel jahat. Israel musuh umat Islam. Israel juga musuh
Allah. Israel yang mencetuskan peperangan di bumi Palestin. Israel yang
bunuh walid. Adik benci Israel. Adik benci sesiapa yang menjadi musuh
Allah.

Adik lari keluar rumah. Adik pergi ke jalan besar. Ramai
kanak-kanak sebaya adik di situ. Mereka semua baling batu kepada
sekumpulan tentera yang bersenjata di seberang jalan. Adik ingat lagi,
tentera itulah yang bunuh walid. Merekalah Israel. Adik marah. Adik
geram. Adik capai batu, adik baling kuat-kuat. Adik pejam mata.

http://www.schnews.org.uk/sotw/images_sotw/palestine-boy-tank.jpg


Terbayang di kepala adik peristiwa yang menimpa walid.
Adik sertai kawan-kawan adik yang lain; membaling batu. Kadang-kadang
kami lari apabila tentera itu menyerang balas. Ada juga kawan-kawan
adik kena tembak. Tumbang satu persatu. Adik nampak baju mereka merah
berlumuran darah. Adik lari menyorok di sebalik bangunan usang untuk
menyelamatkan diri. Adik lari bersama seorang kawan adik. Namanya
Jamal. Dia juga sama dengan adik. Walidnya juga pergi ke suatu tempat
yang sangat cantik dan tidak akan kembali lagi.
Apabila keadaan semakin reda, adik pulang ke rumah. Adik berjanji
dengan Jamal untuk melontarkan batu lagi pada keesokkan harinya.

Sesampai di rumah adik berasa sangat lapar. Adik cari roti di dapur.
Adik buka almari, adik cari dalam almari tapi tidak jumpa. Perut adik
mula berbunyi minta diisi. Adik sudah makan roti petang tadi tapi adik
masih berasa lapar lagi. Adik nampak ummi pegang roti. Itu sajalah
satu-satunya roti yang tinggal di rumah kami. Ummi tidak makan apa-apa
lagi sejak pagi tadi. Adik pergi dekat ummi. Ummi yang baru menyuapkan
roti ke mulutnya tersentak. Ummi keluarkan semula roti dari mulutnya
dan suapkan ke mulut adik. Adik kunyah dengan gelojoh.
"Ummi, Kenapa kita hidup susah?"
adik tanya pada ummi dengan mulut dipenuhi roti. Ummi pangku adik di
ribanya. Ummi mengelus lembut rambut adik. "Kita kena sabar sebab sabar
itu cantik" ujar ummi perlahan. "Cantik macam syurga ke ummi?" adik
tanya lagi. Ummi senyum. "Nabi Muhammad s.a.w. pun hidup susah juga.
Baginda dilontar batu ketika menyebarkan dakwah di Taif. Malahan kaum
Quraisy ramai yang ingin bunuh nabi. Nabi sabar, nabi tak cepat putus
asa" sambung ummi lagi.
Adik dengar dengan khusyuk. Adik nak jadi baik macam Nabi Muhammad
s.a.w. Nama adik pun Muhammad. Walid yang cadangkan nama itu. Walid
hendak adik tabah dan cekal macam Nabi Muhammad s.a.w.
Malam itu adik duduk bersila depan ummi sambil tangan memegang
Al-Quran. Adik ikat serban sendiri. Adik lilit serban ikut suka hati
adik. Sekejap adik lilit ke kiri, sekejap ke kanan. Kadang- kadang
serban itu tutup mata adik. Adik kuak sedikit kain serban ke atas
ketika hendak membaca Al- Quran. "Bismillahirrahmani r rahim.." Adik
baca Al-Quran dengan bersungguh- sungguh. Adik baca kitab Allah itu
dengan tekun. Ummi duduk depan adik sambil memerhati bacaan adik.
Adik hendak jadi macam abang. Umur enam tahun sudah khatam Al-Quran.
Adik baru umur tiga tahun. Adik kena baca Quran dengan rajin kalau
hendak khatam Al-Quran cepat macam abang. Adik ingat pesanan ummi. Ummi
kata Al-Quranlah satu-satunya harta yang paling berharga. Adik ingin
baca Al-Quran hari-hari. Adik tidak mahu ponteng baca Al-Quran.
Bacaan adik terhenti apabila pintu diketuk dan nama ummi
dilaung-laungkan dari luar.

"Syukur ya Huda, anakmu Yassin mati syahid" muncul Mak Cik Fatima di depan rumah.

"Anakmu, anakmu adalah salah seorang pengebom berani mati ya Huda.
Tindakannya menyebabkan tujuh orang askar Israel laknatullah terbunuh.
Yassin dan tiga orang lagi pejuang Hizbullah mati syahid. Semoga syurga
menanti mereka kelak" terang Mak Cik Fatima panjang lebar.
Ummi panjatkan doa pada Allah semoga roh abang ditempatkan dalam
golongan orang-orang yang beriman. Adik kaget. Nama Israfil. Bukan.
.Israel disebut lagi. Adik benci mendengar nama itu. Kemarahan adik
meluap-luap. Ummi beritahu adik abang telah pergi ikut walid. Ummi kata
ummi bangga mempunyai anak seperti abang.
Adik masuk tidur awal. Adik mimpi satu tempat yang sangat cantik. Adik
nampak walid dan abang di sana. Walid dan abang senyum pada adik. Adik
cuba kejar mereka tapi semakin adik kejar semakin mereka menghilang.
Keesokkan harinya, adik tunggu Jamal di tepi jalan seperti yang
dijanjikan. Lima minit berlalu Jamal tidak muncul-muncul juga. Hampir
setengah jam adik tunggu tapi Jamal tetap tidak muncul. Adik tidak suka
orang yang mungkir pada janji. Adik ingat lagi, salah satu ciri orang
munafik ialah mungkir apabila berjanji. Adik tidak mahu jadi munafik.
Adik tanya kawan-kawan adik yang lain.

Rupa-rupanya Jamal juga seperti walid dan abang. Jamal pergi ke satu
tempat yang cantik. Tempat yang adik tidak tahu di mana letaknya. Semua
orang yang adik sayang pergi ke tempat itu. Mula-mula walid, kemudian
abang dan akhirnya Jamal.
Adik pulang ke rumah awal. Adik terkejut. Terkesima sebentar. Rumah
adik dikepung askar Israel. Mereka memang sedang mencari keluarga adik
ekoran tindakan berani mati abang mengebom kubu Israel. Tubuh adik yang
kecil memudahkan adik menyusup masuk ke dalam rumah.
Adik nampak ummi terpelosok di satu sudut.

Adik lihat dengan mata adik sendiri, tentera itu tendang ummi. Mereka
sepak dan terajang ummi. Tapi ummi masih bersabar. Ummi tidak putus-
putus menyebut satu kalimah keramat..Ahad. .Ahad.
Mata adik merah. Adik menahan marah. Adik tidak suka orang pukul ummi.
Adik sayang ummi. Adik benci Israel. Seorang tentera Israel mengacukan
pistol ke arah ummi. Ummi dengan tenang menghadapinya. Tiada pun
segaris garisan gusar terpancar diwajah ummi. Ketika peluru dilepaskan,
tiba- tiba… ..
"Muhammad!!! ! !!!" Ummi menjerit sambil memegang tubuh adik.

Badan adik berlumuran darah. Pekat dan merah. Adik raba perut adik.
Adik rasa sakit. Sakit yang mencucuk-cucuk. Seketika tadi adik telah
korbankan tubuhnya untuk melindungi ummi. Natijahnya peluru itu merobek
perut adik yang tidak berdosa. Ummi peluk adik. Ummi menangis
semahu-mahunya. Adik cuba senyum pada ummi walaupun perit. "Ummi.adik
rasa mengantuk, adik nak tidur. Adik nak jadi mujahid,adik nak ikut
walid dan abang" terketar-ketar suara adik kedengaran di cuping telinga
ummi. Ummi angguk, berusaha sedaya upaya untuk menahan air mata
daripada jatuh bercucuran.
Adik pejam mata. Adik nampak walid, abang dan Jamal melambai-lambai ke
arah adik.

Posted in Palestin | 1 Comment »

hakikat kebesaran Allah..

Posted by naqib88 on November 13, 2007

" In the uterus , baby only depends on the umbilical chord for survival"..kata puan hanisah semasa kelas biology.

Akal ku mula terfikir , tentang betapa indahnya penciptaan bayi yakni kita manusia yang segalanya lengkap dan sempurna. Semasa dalam kandungan, kita semua hanya bergantung dengan tali pusat untuk mendapatkan makanan,minum dan melakukan proses-proses penting yang lain.Namun begitu mengapakah semasa di lahirkan, secara automatisnya mulut bayi akan menangis kelaparan dan sudah tahu untuk menggunakan mulut untuk menyusu.?dan bukannya melalui tali pusat yang sudah tiada lagi fungsinya.Subhanallah, maha suci allah dengan kekuasaannya, Dia telah mengajarkan manusia dengan segala perkara.Ini adalah bukti bahawa allah dan kekuasaannya wujud…aku mohon pada allah sekiranya sebelum ini aku alpha dengan kewujudan mu ..agtaghfirullah….semoga aku diampunkan

Posted in Uncategorized | No Comments »

Duhai Nurin

Posted by naqib88 on September 25, 2007

Nurin Jazlin Jazimin sudah disemadikan . Tamat sudah pencariannya sejak 20 Ogos yang lalu. Harapan dan
doa akhirnya mengembalikan Nurin kepada keluarganya namun tidaklah
dalam keadaan bernyawa. Walaupun itulah yang diharap dan didoakan.
Manusia merancang, Allah jua penentunya.

 

Terbujur
kaku jasad anak kesayangan Jazimin dan Norazian. Anak kedua pasangan
ini pergi meninggalkan mereka untuk selamanya. Dengan berbalutkan
sehelai kain putih pergi meninggalkan semua yang dikasihi.

 

Ia
! Setiap insan pasti akan pergi meninggalkan dunia yang fana ini. Berat
mata memandang berat lagi bahu memikul. Takziah kepada keluarga Nurin.

 

Biarlah
Allah swt menentukan nasib sutera putih itu di tempat barunya. Sebagai
makhluk yang terlalu kerdil, saya mendoakan semoga Nurin menjadi tetamu
Allah penghuni syurga.

 

Kepada
pemerintah, carilah dia atau mereka yang berhati dan bernafsu binatang
itu. Carilah mereka yang bertopengkan manusia itu. Mereka yang sanggup
‘mengerjakan’ kanak-kanak tidak berdosa ini.

 

Bayangkan
jika jasad diperbaringan itu anak kita. Jasad yang kemaluannya
dirobekkan, jasad yang didera, jasad yang lebam dan jasad yang telah
dipisahkan dari rohnya. Cukupkah sekadar ucapan takziah, linangan air
mata dan iringan ke perkuburan.

 

Polis
– redanya keluarga dan masyarakat dengan keputusan Allah tidak
semestinya bermakna mereka bersetuju dengan tindakan anda. PDRM satu
pasukan yang diiktiraf kecekapannya tetapi satu bulan berlalu tanpa
apa-apa yang dapat dilakukan. Saya yakin, anda sibuk dan terlibat dalam
banyak aktiviti lain yang menjaga kepentingan pemimpin negara.

 

Cadangan
menggunakan Akta Kanak-Kanak 2001 untuk mencari kecuaian keluarga
sangatlah mudah bagi anda. Bagaimana jika saya katakan jabatan anda
bertanggungjawab terhadap setiap peningkatan kes dalam indeks jenayah
di Malaysia. Anda gagal dan cuai menangani kes-kes kecurian, rompakan,
rogol, penderaan, pembunuhan, rasuah dan sebagainya.
 

 

Anda
mempromosikan kehebatan anda di media dalam kes politik menindas
pembangkang sahaja. Sebenarnya anda akan kelihatan berjaya jika Nurin
dikembalikan kepada keluarganya dalam keadaan selamat. Bukan Nurin
sahaja, ramai lagi kanak-kanak dan orang dewasa yang menjadi mangsa
jabatan anda.

Pelbagai keperluan, kemudahan dan wang disalurkan kepada agensi anda oleh rakyat demi mengawasi keselamatan Malaysia dan penduduknya.

Namun, keselamatan di Malaysia sudah mulai dirasakan kepupusannya.

Posted in Uncategorized | No Comments »

Nurin…pergilah dengan tenang….

Posted by naqib88 on September 21, 2007

"…..Post-mortem results revealed that Nurin died after a brinjal and a
cucumber were forced into her private parts, rupturing the intestines
…."
(nst,Saturday 22 Sept 07)

Betapa sedihnya diri ini apabila membaca petikan dari nst …betapa kejamnya si pembunuh.Hilangnya rasa naluri seorang manusia yang telah dikurniakan dengan sifat penyayang kepada makhluk yang lain..Bulan ramadhan kali ini tidak langsung menjadi pendidnding kepada kebanyakkan manusia diluar sana kerana nafsu mereka terus meluap-luap….dan teru meluap mencari mangsa sehingga sigadis kecil yang tidak mempunyai dosa terus diburu..dijadikan bahan pemuas nafsu…wahai nurin…pergilah roh mu dengan tenang…inilah dunia malaysia yang dikatakan merdeka 50 tahun…..yang penuh dengan islam hadhari…..namun hanya onak yang duri yang terus menyeliputi bumi ini….mana pergi nya pembela mu???…mana pergi nya menteri-menteri yang mempunyai hati yang nurani??….

hatiku tertanya sendiri…sekiranya sipenjenayah telah ditangkap, apakah dengan hanya menghukum sipenjenayah sudah cukup untuk menutup kes nurin ini.Aku percaya bukan hanya seorang jenis pembunuh si nurin malah terlalu ramai di luar sana…Kilang-kilang untuk menghasilkan penjenayah seperti nurin terlalu banyak…manakan tidaknya rancangan hiburan terus dihidangkan kepada seluruh rakyat bumi islam hadhari ini…Pakaian artis-artis yang menaikkan nafsu terus terpampang di kaca televisyen tanpa tapisan……Adakah hanya kesalahan si penjenayah????Di manah program untuk meningkatan jiwa???

Posted in Uncategorized | No Comments »

Ada apa dengan Ramadhan?

Posted by naqib88 on September 13, 2007

    Saban tahun kita didatangi bulan Ramadhan yang cukup mulia dan penuh dengan keberkatan.Namun apakah erti ramadhan kepada kita?Adakah dengan tibanya bulan ramadahan atau sinonimnya bulan penuh kepenatan,bulan penuh dengan bazar ramadhan,ataupun bulan kita menghabiskan masa dengan tidur?Apakah kita menyedari bahwa hakikat difardhukan puasa kepada orang-orang beriman adalah supaya mereka dengan izinnya menjadi taqwa kepadanNya?Pernahkah kita terfikir tentang hal ini?

    Disini saya ingin mengajak sahabat-sahabat untuk menghayati erti sebenar Ramadhan yang keistimewaannya tidak ada pada bulan-bulan yang lain.Orang selalu berkata "belajarlah pengajaran melaui sejarah."Namun hal ini hanya terus menjadi sebakgai kata yang tidak pernah disusuli dengan praktikal.Sejarah Islam yang agung telah membuktikan,bahawa kemenangan umat islam dalam peristiwa perang badar adalah dalam bulan ramadhan,pembebasan kota palestin dari cengkaman kristian oleh salahuddin al-ayubi  juga berlaku dalam bulan ramadahn.Yang penting sekali adalah penurunan al-quran juga berlaku pada bulan ramadhan.Namun tahun berganti tahun,hari berganti hari,sekiranya dahulu bulan ramadhan menjadi bulan yang penuh dengan sjarah kegemilangan islam.Namun kini bulan ramdahan telah menjadi bulan yang telah merobek maruah negara islam.Iraq telah diperang dalam bulan ramadhan,Tsunami telah berlaku dalam bulan ramadhan dan yang masih segar dalam ingatan adalah peristiwa tak bai juga berlaku dlam bulan ramadhan.pelbagai masalah yang lagi yang telah menyelubungi umat islam pada masa kini.Apa yang membuatkan saya terfikir apakah punca utama kekuatan islam tidk lagi diberi pada bulan ramadhan?

Posted in Uncategorized | No Comments »

Hati tersentuh

Posted by naqib88 on August 21, 2007

Apabila bermula sahaja cuti, maka ramai manusia yang membuat perancangan-perancangan untuk menngisi masa lapang.ada yang ingin menyiapkan homework,EE, IA etc.Namun cuit ini saya telah menghabiskan separuh cuti saya di perlis untuk menyiapkan EE seperti yang dirancangkan.Namun apa yang menarik yang ingin saya kongsikan.Sepanjang bermalam di sebuah rumah seorang sahabat,sedikit sebanyak banyak mengubah persepsi saya mengenai kehidupan masyarakat di Malaysia.Semasa bersembang dengan ibunya ,kami telah membincangkan mengenai remaja-remaja yang sudah dilalaikan dengan hiburan semata-mata.Pengajaran daripada hiburan tidak lagi mampu untuk mengubah kembali isi rohani yang dahagakan kebenaran yang hak….Anaknya sendiri mengakui bahwa kemungkaran terlalu banyak dan tidak mahu menjadi seorang ustaz walaupun sudah bergelar tahfiz.Bukan bermakna dia menolak usaha dakwah,tetapi ingin menggambarkan terlalu berat tanggung jwab seorang ustaz untuk menceritakan makna kebenaran islam kepada remaja hari ini.Hati saya tersentuh apabila sahabat saya merupakan orang yang selalu menjadi imam disurau apabila balik cuti dari kolej MARA Banting. Orang seperti inilah yang kita harapkan .Jika dahulu kita sibuk mengejar Sijil Pelajaran MALAYSIA,Namun siapa antara kita yang sibuk dengan SIJIL PADANG MASYAR?????

Posted in Uncategorized | 1 Comment »

Dunia memerlukan kita..

Posted by naqib88 on August 9, 2007

    Pengisian yang saya dapat melalui program tautan kasih minggu lepas banyak menyedarkan saya tentang betapa pentingnya kebangkitan para pemuda.Keadaan terlalu daif.Dengan jarum suntikan pelali yang diberikan oleh musuh islam cukup menjadikan kawan-kawan sebaya dengan saya, para remaja berjiwa singa yang kehilangan taring.Mereka didendangkan dengan terlalu banyak hiburan sehinggakan mereka alpa tentang apa yang berlaku disekeliling mereka..teringat saya dengan suatu kisah yang agak melucukan.

   

Semasa tentera nazi memasuki paris,para pemuda di paris yang sedang alpa dengan kelab malam,hanya membiarkan tentera nazi dengan mudahnya menawan negara itu dengan syarat, tentera nazi tidak menghancurkan kelab-kelab mlam mereka.Lihatlah.betapa rendahnya semangat perjuangan dek akibat terlalu lalai dengan hiburan yang merosakkan jiwa.Bukan maksud saya unuk menghalang manusia itu untuk berhibur,apa yang cuba saya sampaikan adalah ,sebenarnya musuh-musuh islam merancang untuk melalaikna para pemuda islam untuk memudahkan mereka menjalankan agenda mereka.Cukuplah sejarah telah mengajar kita..Tidak mustahil perkara ini berlaku di negara kita…..

Posted in Uncategorized | No Comments »

menangis…:<

Posted by naqib88 on March 7, 2007

kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangis

1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.

4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.

10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.

"..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (AnNajm : 43)

Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan
sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumber
nya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil
namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus.
Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti?.kalaulah
air mata itu di tampung banjirlah dunia ini.

Tangis tercela atau terpuji ?? Ada tangisan yang sangat di
cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada
atau merobek-robek pakaian. Ada pula tangisan sangat-sangat dipuji dan
di tuntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau
tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.

Tangisan dapat memadamkan api Neraka "Rasulullah saw
bersabda : Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah
akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya
mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan,
apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di
rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan
kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api
neraka."

Air mata taubat Nabi Adam a.s Beliau menangis selama 300
tahun tanpa mendonggak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap
dosa yang telah ia lakukan.Dia bersujud di atas gunung dan air matanya
mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah
menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih.Beberapa ekor
burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, "Manis sungguh
air ini." Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu
mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya. Lalu Allah
mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, "Hai Adam
sesungguhnya belum saya pernah menciptakan air lebih lazat daripada air
mata taubat mu!." Air mata yang tiada di tuntut.

Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya.

Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan.

Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.

Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.

Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.

Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezeki itu adalah pemberian Tuhan.

Dari itu??..

Simpanlah air mata-air mata tangisan
itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang
telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang
telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah
swt. Seru lah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata
agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan
juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat
ampunanNya jua.

Junjungan Mulia bersabda " Ada 2 biji mata yang tak
tersentuh api neraka, mata yang menangis di waktu malam hari kerana
takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah
di waktu malam."

"Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan
Allah dihari qiamat, seseorang yang berzikir bersendirian lalu
mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya."

"Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka
berguguran lah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan
kering."

Berkata Salman Al Faarisi r.a, saya di buat menangis atas 3 perkara jua :

1) Berpisah dengan Rasulullah saw dan para sahabat-sahabat.
2) Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.

3) Saya tidak tahu sama ada saya akan di perintahkan untuk ke syurga atau neraka.

Air mata tanda rahmat Tuhan, Rasulullah saw bersabda : Jagalah mayat ketika kematiannya & perhatikanlah 3 perkara.

1) Apabila dahi nya berpeluh.
2) Airmatanya berlinang.
3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus.

kerana hal hal tersebut menandakan rahmat Allah swt untuk si mayat.
(riwayat dari Salman al Faarisi)

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

"Wajahmu dengan
linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada
Penciptamu,Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbimu, dan
dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki
mu."

Posted in Uncategorized | 1 Comment »

wanita dan aurat

Posted by naqib88 on March 6, 2007

Oleh
Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net//

Semasa saya memberikan kuliah kepada satu kumpulan wanita yang terdiri
dari golongan professional termasuk para Datin di satu daerah, ketika
itu, sedang heboh isu wanita seksi ditangkap di sebuah kelab malam. Lalu
timbul isu hak peribadi wanita untuk memakai apa jua pakaian yang
diingininya, termasuk yang seksi. Lalu, semasa kuliah ini saya mengambil
peluang bertanya kepada kumpu! lan wanita ini soalan mudah berikut
:-
 "Apakah agaknya
sebab wanita ingin memakai seksi dikhalayak ramai? Dengan skirt pendek,
atau baju sendat dan
nipis?"




Ada di antara mereka mula memberikan pandangan, tetapi kerana terlampau
ramai yang bercakap, saya tidak mendengar butirannya. Apabila saya
meminta seorang wakil, seorang menjawab dengan yakin.

" Untuk nampak cantik
ustaz…" katanya sambil tersenyum malu.


Saya bertanya pula : "Agaknya
kepada siapa nak ditunjukkan kecantikan itu?"


"Tentulah kepada kaum lel aki
ustaz, kaum wanita pun iye juga.." sambungnya.


"Baiklah, jika lelaki tersebut
sudah tergoda dengan kecantikan tu, lalu ingin menyentuh bahagian indah
yang dilihatnya boleh tak ?" Tanya saya menguji.


" Isyh, ustaz ni.. tentulah tak
boleh ustaz, dah kira ‘sexual harassment’ (gangguan seksual) tu
ustaz" dengan yakin sekali hujjahnya kali ini.


"Jika demikian, tidakkah para
wanita merasakan, tindakan mereka yang memaparkan bahagian yang menarik
di tubuh mereka itu juga merupakan gangguan seksual kepada lelaki?"
Tambah saya.


" Erm, macam mana tu ustaz?"
Tanya mereka dengan nampak sedikit bingung sambil berkerut dahi.



"Ye la, bila orang lelaki yang dah
naik syahwatnya tu, kerana kecantikan peha wanita tu contohnya, mestilah
terganggu syahwatnya, lalu terdetik keinginan seksualnya secara tidak
terkawal" .."Kerana itu saya katakan berpakaian seksi adalah
suatu bentuk gangguan seksual kepada orang lelaki di
sekelilingnya"


"Cuba bayangkan, kucing yang lapar
diacah-acah dengan ikan ‘fresh’ yang digoyang-goyankan di hadapannya
tentu geram kucing tu, malah silap haribulan, tentu diterkamnya muka
orang yang mengacah juga" Tambah saya lagi memberi keyakinan.



"Tapi perlu diingat, tak semua
kucing akan terkam, hanya yang amat lapar dan liar je, demikian juga
lelaki, tak semua lelaki gagal kawal nafsunya, tetapi tak dinafikan
bahawa ramai juga yang gagal dan liar"


"Akhirnya, kerana suasana yang tak
sesuai, mungkin kerana ramai orang dan di tempat awam pula, terselamatlah
wanita seksi itu dari terkaman lelaki liar tadi. Masalahnya, anak-anak
perempuan kecil berumur 7 hingga 12 ta! hun yang mungkin menjadi mangsa
tempiasan nafsu lelaki begini. Dan di ketika itu, samada wanita itu
bertudung, berjubah, kanak-kanak dan sebagainya tidak lagi mampu menahan
nafsu si lelaki seperti ini, asalkan suasana cukup sesuai (sunyi dan jauh
dari pandangan ramai), akan dilepaskan nafsunya secara kekerasan"
Terang saya dengan panjang lebar, mereka mengganguk dengan wajah serius
kali ini.

Lebih terangnya, sama-sama fikirkan adakah jika para wanita yakin bahawa
jika anda berada di hadapan Baginda SAW hari ini, adakah Rasulullah akan
tersenyum atau sebaliknya? . Jika sebaliknya, bagaimana pula peluang
wanita seperti ini untuk mendapat Syafaat Nabi SAW di akhirat kelak?.
Benar, mungkin sesoerang wanita itu berjaya meraih pandangan istimewa
dari kaum lelaki hasil pendedahan kecantikannya yang memukau. Tapi
keseronokan itu hanyalah palsu dan sementara sahaja, serta tidak menambah
sebarang nilai buat kehidupan kekal di Barzakh dan Akhirat selain
menambahkan tahap azab sahaja. Apa yang jelas, pakaian yang ditunjukkan
oleh wanita Arab yang solehah dengan penutupan aurat yang sempurna di
zaman ini sudah tentu boleh memberi sedikit info kepada kita bahawa
inilah mugkin pakaian yang dipakai oleh wanita Islam di zaman Nabi serta
mendapat redha dari mata dan hati baginda SAW. Tidakkah para wanita hari
ini juga berminat meraih redha dari mata dan hati baginda SAW?.

BENARKAH MENUTUP AURAT DAPAT MENGELAK
DARI WANITA DISAKITI?


Ramai wanita professional dan yang
kurang didikan agama hari ini mencebik bibirnya apabila tajuk ini
disebutkan, mereka tidak percaya langsung fakta yang saya sebut diatas.
Malah ada yang berpendapat lelaki sengaja melakukan perkara buruk kepada
wanita kerana ingin menunjukkan kekuasaannya terhadap wanita. Kerap benar
saya dengar hujah ini di media massa.


Hakikatnya, sebagai hamba Allah SWT dan
umat Rasulullah SAW kita diajar untuk merujuk Al-Quran dan Al-Hadith bagi
mendapat kepastian tentang baik buruk dan benar salahnya sesuatu perkara
itu. Dalam hal ini, Allah SWT berfirman :-


"Hai Nabi! Katakanlah kepada
isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu’min
semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka)
mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai
wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu." (al-Ahzab:
59)


Jilbab, iaitu pakaian yang lebarnya
semacam baju kurung untuk dipaka! i oleh kaum wanita bagi menutupi tubuh
badannya. Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi menerangkan "Sebahagian
perempuan Jahiliah apabila keluar rumah, mereka suka menampakkan
sebahagian kecantikannya, misalnya dada, leher dan rambut, sehingga
mereka ini diganggu oleh laki-laki fasik (jahat) dan yang suka berzina,
kemudian turunlah ayat di atas yang memerintahkan kepada orang-orang
perempuan Islam untuk melabuhkan jilbabnya itu sehingga semua
bahagian-bahagian tubuhnya yang boleh membawa fitnah itu tidak kelihatan.
Dengan demikian secara zahirnya pula mereka itu akan dikenali sebagai
wanita yang terpelihara (‘afifah) serta tidak mudah diganggu oleh
orang-orang yang suka kejahatan atau orang-orang munafik.

Jadi jelasnya, bahawa ayat tersebut
memberikan ‘illah (alasan) utama perintah ini adalah kerana bimbang
wanita muslimah diganggu oleh orang-orang f! asik dan menjadi perhatian
orang-orang yang suka berzina. Bukanlah ketakutan yang timbul dari
perempuan itu sendiri atau karena tidak percaya kepada mereka,
sebagaimana anggapan sebahagian orang, tetapi ia adalah kerana sebahagian
wanita yang suka menampakkan perhiasannya, berjalan dengan penuh lenggang
lengguk dan bicaranya dibuat-buat manja, sering menarik perhatian nafsu
lelaki dan menjadikannya sasaran orang-orang yang suka berzina. (Petikan
dari kitab Al-Halal wal Haram fil Islam dengan sedikit pindaan)


Ayat ini juga jelas menunjukkan bahawa
salah satu target utama menutup aurat yang diletakkan oleh Allah SWT
adalah sebagai kaedah dan cara terbaik bagi mengelakkan wanita Islam dari
diganggu dan disakiti.

BANTAHAN KAUM WANITA

"Eleh, tetapi hari ini ramai juga
wanita bertudung yang kena rogol, malah setengahnya kena bunuh dijerut
dengan tudungnya pulak, kanak-kanak pun kena rogol dan bunuh. Ini
maknanya, tudung bukan lagi penyelamat la ustaz. Ha..macam mana ustaz nak
jawab tu ?. Hujah balas yang selalu saya dengar bila isu ini
ditimbulkan.


"Pernah tak anda merasa amat marah
sepanjang hidup anda ?" Tanya saya kembali.


"Pernah juga ustaz..kenapa ustaz,
apa kaitannya?" Bingung sekali lagi mereka nampaknya.


! "Biasanya bila seseorang itu
sedang amat marah, sempat tak agaknya ia berfikir bahaya atau tidak
tindakan yang dibuatnya sebagai contoh; ada orang yang sedang marah
kerana bising tangisan kanak-kanak, maka ditendang (seperti berita yang
saya baca di akhbar baru-baru ini), ditolak jatuh tangga, ditekup wajah
kanak-kanak itu dengan bantal dan macam-macam lagi bagi menghilangkan
kemarahan atau gangguan bising itu, setelah beberapa ketika mungkin baru
seolah-olah dia tersedar, lalu cemas dan mungkin menyesal"

"Demikianlah juga nafsu jahat, bila
ia berada di tahap tinggi, ia tidak lagi melihat samada kepada pakaian
dan umur wanita mahupun isteri orang dihadapannya, sasarannya hanya
mendapatkan hajat jahatnya, kerana itulah wanita yang menutup aurat
dengan sempurna serta kanak-kanak perempuan juga terancam, tanpa dapat
dinafikan juga peranan vcd, laman, akhbar, majalah dan novel lucah "
terang saya.


"Tapi macam mana pulak ayat tadi
kata tutup aurat dapat mengelakkan wanita dari disakiti ?" Balas
mereka dengan penuh minat kali ini.

"Jika kita lihat dengan teliti,
ayat tadi sebenarnya ditujukan kepada seluruh kaum wanita. Ini bermaksud,
jika sebahagian besar wanita tidak mentaatinya dan memakai pakaian
seksi pula. Di ketika itu, faedah dan kebaikan dari tutup aurat bagi
menjaga semua kaum wanita dari disakiti secara umum akan tergugat dariu
mencapai matlamat umumnya. Sebenarnya, ayat itu nak beritahu bahawa
seluruh wanita bertanggung jawab menjaga keselamatan kaum sejenisnya
dengan menjaga aurat masing-masing" Jelas saya

"Maka bila ada yang seksi, ini
bermakna, ia sedang mengancam kaum sejenisnya yang lain dan di tempat
lain kerana telah menghidupkan nafsu kebinatangan lelaki jahat yang
sedang tidur"

PENGALAMAN MENUMPANG KE
MASJID

Saya masih ingat, dalam perjalanan ke Masjid
untuk menunaikan solat Jumaat di Masjid Keramat. Pejabat saya di Jalan
Sultan Ismail dan pada hari tersebut saya menumpang kereta seorang rakan.
Bersama kami  beberapa rakan sekerja yang lain. Tiba-tiba semasa
berada di lampu trafik, tiba-tiba suasana dalam kereta agak bising dengan
bunyi..uiiiii..oii…peh..mengancam…dan sebagainya, diikuti dengan
kata-kata :

"Astaghfirullah..korang ini teruk
betul la, kan ustaz ada dengan kita ini.." Kemudian "disambut
dengan kata rakan di belakang, ye la..ini la yang bagus kita pergi masjid
dengan ustaz, terjaga sikit"

Anda tentu dapat menggagak apa yang
dilihatnya? Alhamdulilllah saya tidak sempat melihat apa-apa kerana
sedang membelek pelbagai mesej soalan hukum hakam tertunda yang memenuhi
telefon bimbit saya. Bila saya tanya, kenapa? dengan malu-malu mereka
menyalahkan sesama sendiri akibat ‘gatal mata’ melihat skirt-skirt pendek
wanita KL, samada wanita Melayu mahupun Cina disekitar kawasan segitiga
emas itu.

Cuba bayangkan, perasaan lelaki-lelaki
ini. Mereka dalam perjalanan ke masjid, semuanya juga telah berumah
tangga, tapi nafsu masih teransang apabila didedahkan kepada permandangan
seperti! itu. Jahatkah mereka?

"Gatal dan dah miang sangat kot
orang lelaki ni, memang teruk mereka ni, tak sangka, harap suami kita tak
macam ni" mungkin itulah yang akan dikatakan oleh sebahagian besar
pembaca wanita sekarang ini. 

Tapi itulah cabaran terbesar lelaki
wahai kaum wanita, iaitu ANDA, wanita dan seluruh kecantikan yang
dikurniakan Allah SWT kepadanya sebagai ujian, ia disebutkan oleh Allah
SWT :

Òíä ááäÇÓ ÍÈ ÇáÔåæÇÊ ãä ÇáäÓÇÁ æÇáÈäíä ..


"Dihiaskan (diuji) bagi manusia itu,
nafsu syahwat dan keinginan sert! a kecintaan kepada wanita, anak-anak,
harta…"

Ayat ini dengan jelas menyebut syahwat
utama lelaki adalah pada wanita. Nabi SAW juga pernah bersabda :

ãÇ ÊÑßÊ ÈÚÏí ÝÊäÉ
ÃÖÑ Úáì ÇáÑÌÇá ãä ÇáäÓÇÁ


Ertinya : "Tidak aku tinggalkan fitnah
selepasku yang lebih boleh membawa mudarat kepada lelaki selain
wanita" (Riwayat Al-Bukhari, 7/11, bab Zikir & Doa )

ANTARA LAWAK & HUKUM

Saya juga masih ingat, sew! aktu di tempat
lama, rakan-rakan sepejabat sering kali apabila mereka terlihat aurat
wanita sebegini akan disebut .. "tak pe ustaz kan, pandangan pertama
tak berdosakan?". Sedih saya melihat sikap sebahagian umat Islam
hari ini yang kerap mempermainkan hukum hakam akibat kejahilan
mereka.


Sebuah hadith : "Dari Jarir bin
Abdullah, ia berkata: Saya bertanya kepada Rasulullah s.a. w. tentang
melihat (aurat wanita) secara tiba-tiba tanpa sengaja. Maka jawab Nabi:
Palingkanlah pandanganmu itu!" (Riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud dan
Tarmizi) - Iaitu, Jangan kamu ulangi melihat untuk kedua kalinya
sebagainya datang dalam hadith Nabi kepada Sayyidina Ali r.a.



Apabila ia adalah sebuah hukum, maka
adalah tidak harus sama sekali sesiapa juga mempermainkan ap! a jua
berkaitan dengannya. Nabi SAW bersabda :-

Çä ÇáÚÈÏ áíÊßáã ÈÇáßáãÉ ãÇ íÊÈíä ÝíåÇ íÒáø ÈåÇ Åáì
ÇáäÇÑ ÃÈÚÏ ããÇ Èíä ÇáãÔÑÞ æÇáãÛÑÈ

Ertinya : " Sesungguhnya seorang
hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi
dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam
Neraka lebih sejauh antara timur dan barat" ( Riwayat Al-Bukhari,
bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)

 

KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG
AURAT


Ketika ini, saya mengambil masa sekitar
satu jam untuk ke pejabat, memandu kereta dari Puchong ke Jalan Sultan
Ismail. Setiap hari, laluan jalan pergi dan pulang ini akan mempamerkan
kejahilan wanita Islam hari ini tentang penutupan aurat. Di manakah
kesilapan penutupan aurat wanita hari ini ?. Jawabnya seperti berikut
:-


KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah
memakai tudung sahaja.


KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi be r‘T-Shirt’ berlengan
pendek.


KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi
baju kebarungnya terbelah kainnya.


KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi
bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan
mudah ‘menggoda’.


KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi
amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.



KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi
hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan
sebagainya.


KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi
tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari
ditutupi kain tudung.


KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi
dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher,
tengkuk dan dadanya.
Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut
sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman
Allah SWT: ertinya :


"Hendaknya mereka itu melabuhkan
tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT! DAN
PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR." (an-Nur: 31)



Pengertian khumur (tudung), iaitu semua
alat yang dapat dipakai untuk menutup kepala. Sedang apa yang disebut
‘juyub’ kata jama’ (bentuk plural) dari kata jaibun, yaitu belahan dada
yang terbuka, tidak tertutup oleh pakaian/baju.


Setiap perempuan Islam wajib menutup
kepalanya dengan tudung dan bahagian dadanya termasuk juga leher,
sehingga semua tempat-tempat yang boleh membawa fitnah tertutup dari
perkara yang memungkinkan dilihat oleh orang-orang yang jahat
hatinya.


Menurut Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi yang
dimaksud perhiasan perempuan dalam ayat itu pula, iaitu apa saja yang
dipakai berhias dan! untuk mempercantik tubuh, baik berbentuk ciptaan
asli seperti wajah, rambut dan potongan tubuh, ataupun buatan seperti
pakaian, perhiasan, make-up dan sebagainya.


Dalam ayat di atas Allah memerintahkan
kepada orang-orang perempuan supaya menyembunyikan perhiasan tersebut dan
melarang untuk dinampak-nampakkan. Allah tidak memberikan pengecualian,
melainkan apa yang terzahir. Oleh karena itu para ulama kemudian berbeza
pendapat tentang erti apa terzahir itu serta ukurannya.

Misalnya sahabat besar Nabi seperti Ibnu
Abbas r.a, ia berkata dalam menafsirkan apa yang terzahir itu adalah :
celak dan cincin.


Yang berpendapat seperti ini ialah
sahabat Anas ! Bin Malik. Justeru, harus dilihat celak dan cincin wanita,
bererti boleh dilihatnya juga kedua tempatnya pemakaiannya, iaitu muka
dan kedua tapak tangan. Demikianlah apa yang ditegaskan oleh ulama Tabien
seperti Said bin Jubair, ‘Atha’, Auza’i dan lain-lain.


Bagaimanapun Ummul Mukminin Aisyah r.a,
Qatadah dan lain-lain menisbatkan gelang sebagai perhiasan yang boleh
dilihat. Dengan demikian, maka tempat letak gelang iaitu di pergelangan
tangan adalah dibolehkan jika tiada fitnah. Tetapi berkenaan batasnya
dari pergelangan sampai ke siku, masih diperselisihkan. Seeloknya di
jauhi dari mendedahkannya. 

Menurut Syeikh Al-Qaradawi juga, ini
tidak sama dengan make-up dan cat-cat yang biasa dipakai oleh
perempuan-perempuan zaman sekarang untuk memakai gincu dan be! dak merah
di pipi serta kuku. Make-up ini semua termasuk berlebih-lebihan yang
sangat tidak baik, yang tidak boleh dipakai kecuali di dalam rumah. Sebab
perempuan-perempuan sekarang memakai itu semua di luar rumah, adalah
untuk menarik perhatian laki-laki. Jadi jelas hukumnya adalah
haram.


Namun, kiranya sesempurna mungkin
seorang muslimah harus bersungguh-sungguh untuk menyembunyikan
perhiasannya, termasuk wajahnya itu sendiri kalau mungkin, demi menjaga
meluasnya kerusakan dan banyaknya kefasikan di zaman kita sekarang ini.
Lebih-lebih kalau perempuan tersebut mempunyai paras yang cantik yang
sangat dikawatirkan akan menimbulkan fitnah.


"Dan hendaknya mereka itu tidak
menampak-nampakkan aurat dan perhiasannya kecuali terhadap suami atau
ayahnya." (an-Nur: 31)


Ini lebih diredhai di mata Rasulullah SAW

Kesemua jenis berpakaian yang disebut tadi
adalah diharamkan secara sepakat seluruh Ulama Islam. Pengarahan ini
tertuju kepada perempuan-perempuan mu’minah, dimana mereka dilarang keras
membuka atau menampakkan perhiasannya yang seharusnya disembunyikan,
misalnya: perhiasan telinga (anting-anting), perhiasan rambut (sanggul);
perhiasan leher (rantai), perhiasan dada (belahan dadanya) dan perhiasan
kaki (betis dan gelang kaki). Semuanya ini tidak boleh dinampakkan kepada
laki-laki lain. Mereka hanya boleh melihat muka dan kedua tapak tangan
yang memang ada rukhsah untuk dinampakkan.

 
Amat jelas dari dalil al-Quran dan
al-Hadith bahawa Islam mengharamkan perempuan memakai pakaian yang
membentuk dan nipis sehingga nampak kulitnya. Termasuk diantaranya ialah
pakaian yang dapat menampakkan bahagian-bahagian tubuh, khususnya
tempat-tempat yang membawa fitnah, seperti: buah dada, paha, dan
sebagainya.


Dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh
Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda:


"Ada dua golongan dari ahli
neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa
cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa
yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang,
yang cenderung kepada perbuatan maksiat d! an mencenderungkan orang lain
kepada perbuatan maksiat
, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini
tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga,
padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan
demikian
." (Riwayat Muslim)


Mereka dikatakan berpakaian, karena
memang mereka itu melilitkan pakaian pada tubuhnya, tetapi pada
hakikatnya pakaiannya itu tidak berfungsi menutup aurat, karena itu
mereka dikatakan telanjang, karena pakaiannya terlalu tipis sehingga
dapat memperlihatkan kulit tubuh, seperti kebanyakan pakaian perempuan
sekarang ini. ( Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Dr Yusof
Al-Qaradawi)


‘Bukhtun’ adalah salah satu macam
daripada unta yang mempunyai kelasa (punuk) besar; rambut orang-orang
perempuan seper! ti punuk unta tersebut karena rambutnya ditarik ke
atas.


Disebalik keghaiban ini, seolah-olah
Rasulullah melihat apa yang terjadi di zaman sekarang ini yang kini
diwujudkan dalam bentuk dandanan rambut, dengan pelbagai macam bentuk
dalam salon-salon kecantikan, lebih parah pula apabila kaum lelaki pula
yang bekerja di salon seperti ini

Larangan Nipis

Saidatina Aisyah r.a meriwayatkan,
saudaranya iaitu Asma’ binti Abubakar pernah masuk di rumah Nabi dengan
berpakaian jarang sehingga tampak kulitnya. Kemudian baginda SAW
berpaling dan mengatakan:

"Hai Asm! a’! Sesungguhnya seorang
perempuan apabila sudah haidh (cukup umurnya), tidak patut diperlihatkan
tubuhnya itu, melainkan ini dan ini — sambil ia menunjuk muka dan dua
tapak tangannya." (Riwayat Abu Daud)


Walaupun terdapat perawi lemah dari
hadis, tetapi diperkuat dengan hadis-hadis lain yang membolehkan melihat
muka dan dua tapak tangan ketika diyakini tidak akan membawa
fitnah.

Dr Yusof Al-Qaradawi menegaskan bahawa melihat
secara normal kepada wanita atau lelaki, kepada selain aurat, selama
tidak dilakukan dengan syahwat dan berulang-ulang, hukumnya adalah halal.
(Al-Halal Wal Haram Fil Islam)


KESALAHAN KESEMBILAN : Bertudung
tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepa! njang
jalan.


Diriwayatkan dalam sebuah Hadith
:-

íÑÍã Çááå ÇáãÊÓÑæáÇÊ

Ertinya : Allah sentiasa merahmati para
wanita yang memakai seluar panjang (di sebelah dalamnya) (Riwayat
Al-‘Uqayli, Dar Qutni dari Abu Hurairah, Musannaf Abd Razak, no 5043;
Kanzul Ummal, no 41245) .


Menurut Imam Mujahid, hadith ini berlaku
di satu ketika ada seorang wanita jatuh dari kenderaannya sehingga
terselak kainnya di hadapan Nabi dan para sahabat, maka dengan segera
Nabi SAW memalingkan wajahnya, maka para sahabat berkata dia (wanita itu)
memakai seluar. Lalu sebagai respond Rasulllah SAW memuji dan menyebut !
hadith di atas. ( Al-Bayan wa At-Ta’rif, Ibn Hamzah al-Husyani, 3/ 252,
no 1831)


Berdasarkan dalil ini juga, bermakna
Allah sentiasa melaknati wanita yang tiadk berseluar panjang (di sebelah
dalamnya) semasa naik kenderaan. Demikian menurut kaedah Mafhum
Mukhalafah di dalam ilmu Usul Fiqh.


KESALAHAN KESEPULUH : Bertudung
dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya
ketika berinteraksi dengan lelaki. Samada menyanyi mahupun bernasyid.
Tiada dakwah yag sesuai buat wanita menerusi nyanyian kerana sesaat sahaj
ia berada di atas pentas dengan pakaian canggihnya, seribu mata lelaki
yang memandangnya..kita tidak tahu dimanakah mata lelaki itu memandang.
Suaranya yang merdu juga membuatkan lelaki yang rosak hatinya akan!
dibuai nafsu, walaupun penasyid wanita itu sedang mendendangkan lagu
ketuhanan.


Larangan ini datang dari Firman Allah
SWT : "Janganlah perempuan-perempuan itu berlaku lemah dengan
perkataannya, sebab akan menaruh harapan orang yang dalam hatinya ada
penyakit." (al-Ahzab: 32)

TUJUAN TUNTUTAN MENUTUP
AURAT

Berdasarkan dalil Al-Quran dan al-Hadith, amat
jelas bahawa isu aurat bukanlah isu remeh dan cabang. Ia adalah termasuk
dalam katergori hukum qati’e dan usul. Malah ia juga merupakan salah satu
dosa utama yang amat diperjuangkan oleh Syaitan. Ini adalah kerana,
dengan terbukanya aurat, maka ia boleh mencambahkan dosa-dosa ! lain
seperti zina, mengandung anak luar nikah, bercerai suami isteri akibat
curang, membunuh anak luar nikah, putusnya hubungan keluarga dan pelbagai
lagi. Perihal Syaitan mensasarkan dosa ‘buka aurat’ ini sebagai dosa
pilihan utamanya ada disebutkan dalam Al-Quran dari firman Allah ertinya
:-


" Maka Syaitan membisikkan
fikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada keduanya yang
tertutup dari mereka iaitu auratnya .." Al-A’raf : 20)



Ringkasnya, antara tujuan utama
diwajibkan umat Islam lelaki dan wanita untuk menutup aurat adalah
:-



a)       Perbezaan dengan binatang.
!

Allah SWT berfirman :

" Wahai anak Adam, telah kami turunkan
buat kamu pakaian yang boleh menutup aurat-aurat kamu dan untuk
perhiasan" ( Al-A’raf : 26)

Amat jelas dari ayat ini, penutupan aurat
ditujukan kepada sesiapa sahaja yang termasuk dalam kategori anak Adam
iaitu manusia. Justeru barangsiapa yang berpaling dari arahan ini, secara
langsung ia menjatuhkan tahapnya selari dengan binatang yang tiada cukup
kemampuan dan aqal bagi menjalankan arahan penutupan aurat.



b)       Agar kaum wanita tidak disakiti

Ia berdasarkan ulasan yang telah saya buat sebelum ini
bersandarkan firman Allah SWT dari surah Al-Ahzab ayat 59.


c)        Tanda atau seperti uniform
kepada penganut agama Islam.

Ia juga boleh difahami dari surah Azhab ayat 59
tadi apabila Allah SWT menyebut : « .. yang demikian itu lebih
memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam).. »
Dari sini jelas, menunjukkan salah satu fungsi tutupan aurat juga
adalah sebagai syiar diri sebagai penganut Islam. Firman Allah : «
Barangsiapa yang membesarkan syiar Allah maka ia adalah dari tanda
ketaqwaan hati »


d) Tanda profesionalism dalam sistem
pemakaian Islam
. Kita dapat memerhati bagaimana ‘trend’ sesebuah
organisasi atau restoran hebat hari ini pasti meletakkan ‘dress code’
tertentu bagi kakitangannya dan para tetamunya. Ia pastinya bertujuan
penjagaan standard khas bagi organisasi dan restoran itu di tahap
tertentu. Sebagai contoh, kita tidak akan dapat melihat individu
berselipar Jepun di sebuah Persidangan Antarabangsa di PICC, Putrajaya
mahupun di kalangan kakitangan PETRONAS di pejabat mereka di Menara
Berkembar. Semua menjaga ‘standard’ berbanding Tauke kedai runcit yang
tidak beruniform.
Justeru, Islam adalah satu agama dan cara hidup yang profesional pastinya
begitu lengkap menyediakan panduan melengkapi setiap sudut kehidupan
manusia. Dar! i hal-hal yang sulit seperti urusan di dalam tandas
hinggalah ekonomi dan kenegaraan. Walaupun demikian, Islam tidak mengarah
umatnya membuat perkara yang tidak rasional, justeru, sudah tentu
‘standard’  pemakaian yang diletakkan ini tidak membebankan bahkan
ia amat bertepatan dengan logik aqal manusia yang sihat.



e)       Sebagai ujian bagi manusia untuk
melihat tahap ketaatan mereka kepada Allah SWT.

Saya kira hal ini amat jelas, dari firman Allah
ertinya : Dijadikan hidup dan mati adalah untuk menguji siapakah yang
terlebih baik amalannya" (Al-Mulk : 2)


DON’T JUDGE A BOOK BY ITS
COVER

Ungkapan ini kerap saya dengari, saya yakin
anda juga mungkin kerap mendengarnya. Kata-kata dari wanita yang tidak
menutup aurat yang sering mendakwa bahawa hatinya baik dan suci walaupun
ia berpakaian seksi serta mendedahkan aurat.
"Orang wanita bertudung pun banyak yang jahat hari ini, berzina,
khalwat dan macam-macam lagi" Katanya memberi buah
fikirannya.

"Malah, kami juga baik, kami tak kacau
orang, tak mengumpat dan buat benda-benda tak elok" tambah wanita
ini lagi.

Benarkah hujjah mereka?. Benarkah penampilan
luaran tidak terpakai di dalam Islam ?. Ada juga yang sudah semakin
‘advance’ hujahnya lantas berhujjah dengan sebuah maksud hadith Nabi yang
sohih iaitu :

!
"Sesungguhnya Allah tidak
melihat kepada tubuh, rupa luaran dan harta kamu, tetapi melihat kepada
hati dan amalan kamu"  (Riwayat Muslim)

Simpati bercampur kesal saya mendengar
bagaimana terdapat orang yang sewenangnya berhujjah dengan hadith untuk
menyokong nafsunya. Hanya digunakan Islam dalam hal yang selari dengan
kehendaknya sahaja.
"Seorang pekerja yang dijumpai oleh majikannya sedang bermain ‘game’
semasa waktu kerjanya sedangkan dokumen yang dipinta si boss masih tidak
disiapkan, lalu si majikan berkata: "Macam mana kamu nak cemerlang
dalam kerja kalau begini sikap kamu"

Lalu jawab si pekerja : " Saya luaran je
nampak main ‘game’ boss, tapi hati saya ikhlas da! n saya kerja dengan
cemerlang"

Adakah anda rasa si boss boleh menerima cakap
pekerjanya itu ?. Adakah Allah SWT boleh mengganggap hati seseorang itu
suci dan baik dengan melanggar perintahNya ?

Hakikatnya, sesuatu untuk baik dan suci
mestilah ditentukan mengikut neraca Allah dan RasulNya, bukannya neraca
pemikiran kita semata-mata. Jika merujuk kepada neraca Islam, Nabi SAW
pernah bersabda ertinya :

"Ketahuilah, bahawa di dalam diri anak
Adam itu ada seketul daging, yang bila ianya baik maka baik seseorang
itu, dan apabila buruk, buruklah amalan seseorang itu, ketahuilah, ia
adalah hati" (Riwayat Muslim)


Berdasarkan hadith ini, menuru! t neraca
Islam kebaikan hati seseorang boleh dilihat di peringkat pertamanya dari
tindak tanduknya. Ertinya, bila tindakannya sentiasa menyalahi kehendak
dan hukum yang diletakkan Islam, ia adalah tanda kekotoran hatinya. Jika
tindakan luarannya pula bertepatan dengan kehendak Islam, maka adalah
harus ianya dianggap baik pada peringkat pertama iaitu neraca luaran
orang ramai, adapun baik di peringkat kedua adalah samada hatinya
bertujuan kerana Allah ata selainnya seperti sekadar menunjuk-nunjuk
sahaja.

Justeru, ‘we can judge a book by its
cover in certain cases’ iaitu apabila perkara asas Islam dilanggar, maka
sudah tentu ‘that cover is reflecting what’s inside the heart of a
person’.

Menghukum berdasarkan yang zahir ini
bertepatan dengan hadith :

ÅäãÇ ÃäÇ ÈÔÑ , æÅäßã ÊÎÊÕãæä Åáìø , æáÚáø ÈÚÖßã
Ãä íßæä ÃáÍä ÈÍÌÊå ãä ÈÚÖ , ÝÃÞÖí ÈäÍæ ãÇ ÃÓãÚ , Ýãä ÞÖíÊ áå ãä ÍÞ ÃÎíå
ÔíÆÇó ÝáÇ íÃÎÐå , ÝÅäãÇ ÃÞØÚ áå ÞØÚÉ ãä ÇáäÇÑ

Ertinya : Sesungguhnya aku hanya manusia, dan
kamu sentiasa membawa kes pertikaian untuk di selesaikan olehku, dan
mungkin sebahagian kami lebih cekap berhujjah dari sebahagian lainnya,
maka aku telah memutuskan hukuman berdasarkan apa yang kudengari sahaja.
Barangsiapa yang telah ku jatuhi hukuman dan hukuman itu mengambil hak
yang lain (akibat kurang cekap pihak yang benar dalam berhujjah), maka
jangalah kamu mengambilnya, sesungguhnya ia bakal menjadi sepotong api
neraka" (Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan lain-lain ; Rujuk Naylul
Awtar,  8/632, no 3920 )


Hadith ini dengan jelas menunjukkan
seorang hakim dalam Islam akan membuat hukum berdasarkan info dan bukti
zahir yang diberikan. Demikian juga dalam kes penutupan aurat, tanpa
menutupnya adalah tanda keingkaran hati terhadap arahan Allah. Mana
mungkin hati begini boleh dianggap baik oleh Islam.


Kaum wanita perlu menyedari bahawa
dengan pembukaan auratnya, setiap lelaki yang melihatnya akan memperoleh
dosa setiap kali ia memandang. Tetapi yang beratnya adalah si wanita
bukan mendaat satu dosa bagi kesalahan itu, tetapi juga meraih setiap
dosa semua lelaki yang memandangnya. Bayangkanlah berapa banyak dosa yang
diperolehi hanya dengan pembukaan aurat di satu hari. Ia berdasarkan
sabda Nabi SAW
ãä Óä Ýí ÇáÅÓáÇã ÓäÉ ÓíÆÉ
ÝÚáíå æÒÑåÇ ææÒÑ ãä Úãá ÈåÇ ãä ÛíÑ Ãä íäÞÕ ÔíÆÇð
Ertinya : Sesiapa yang mempelopori
sesuatu yang buruk, maka ke atasnya dosa dan dosa setiap orang yang
membuatnya tanpa sedikit kurang pun dosanya.." ( Riwayat Ahmad dan
lain-lain : Sohih )


Termasuklah dalam erti mempelopori,
apabila seseorang itu mempelopori pembukaan auratnya di hari itu, yang
menyebabkan lelaki melihatnya mendapat dosa. Pastinya, si wanita itu juga
mendapat dosa tanpa kurang bagi setiap mata yang memandang. Adakah hati
orang sebegini boleh dikira baik ? setelah gunungan dosa mengaratkan
hatinya ?.



Sesungguhnya Allah itu maha adil dan maha pengasih. Segeralah mendapatkan
kasih sayang Allah dengan mentaatinya. Bagi yang berdegil, tiada kata
yang dapat diberikan kecuali ;  Yakinilah bahawa Allah itu benar,
RasulNya juga benar, Syurga dan Neraka juga benar. Jika mempercayainya
maka mengapa tindakan masih seolah meraguinya. ?


Sekian



Kuala Lumpur

23 Muharram 1428H
11 Feb 2007

Posted in Uncategorized | 2 Comments »